Friday, November 14, 2008

Persoalan Mengenai Ceramic Business Club

1. Siapakah Saudagarceramic.Com ini?

Saudagarceramic.com adalah sistem 3rd Party Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Dimiliki sepenuhnya oleh Saudagar Cyber dan keseluruhan operasi laman web ini dikendalikan oleh KHAIRULANUAR ABD RAHIM (khairul) dan Mohd Fairuz Abdul Wahab (Fittry). Mula beroperasi pada 1 April 2008 dan menawarkan pelbagai kemudahan Online secara Percuma kepada semua VIP Member dalam mempromosikan perniagaan ini secara online. Kemudahan ini tidak akan anda dapati dari Asia Ceramic Marketing sebaliknya hanya sekiranya anda mendaftar melalui Saudagarceramic.com sahaja. Anda boleh menyertai Saudagarceramic.com ini dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat pada Laman Pendaftaran Percuma dan menaiktaraf status keahlian sebagai VIP Member.

2. Apakah Ceramic Business Club ini?

Ceramic Business Club adalah Jenama Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Beribu pejabat di Taman Connought, Cheras, Kuala Lumpur. Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi jenama Ceramic Business Club menjalankan satu Program Keahlian Privilege dalam memasarkan produk ceramic mereka secara trading. Merupakan salah satu syarikat yang bernaung di bawah Granic Groups of Companies, sebuah syarikat besar yang memonopoli pengeluaran barangan ceramic di Malaysia. Granic Group of Companies mempunyai sebuah kilang pengeluaran ceramic di Petaling Jaya.

Ceramic Business Club mula dilancarkan pada 7 Julai 2007 dan merupakan sebuah perniagaan berlesen dan berdaftar, serta sah dijalankan mengikut undang-undang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd di Laman Mengenai Syarikat ataupun terus ke Laman Rasmi Syarikat.

3. Apakah Konsep Perniagaan yang dijalankan oleh Ceramic Business Club ini?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah perniagaan trading produk-produk ceramic keluaran Vantage. Selain menjalankan perniagaan secara trading, syarikat ini memperkenalkan Program Keahlian Privilege melalui sebuah jenama perniagaan yang dipanggil Ceramic Business Club. Melalui program keahlian ini, Ceramic Business Club menawarkan ganjaran dan keuntungan kepada Distributor-distributornya. Setiap Distributor yang mendaftar akan menerima satu kad keahlian Ceramic Business Club dan akan membawa jenama Ceramic Business Club dalam perniagaan mereka.

Konsep ini sama seperti program ganjaran Real Rewards atau Bonuslink yang dianjurkan oleh Petronas dan Shell. Dengan menjadi ahli dan memegang kad ganjaran tersebut, ahli akan menerima ganjaran dan keuntungan berdasarkan pembelian dan kesetiaan ahli tersebut. Jenis-jenis hadiah dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat yang menganjurkannya.

Konsep bisnes ini adalah sama juga dengan apa yang dilakukan oleh Ceramic Business Club. Anda akan menerima kad keahlian Ceramic Business Club dan akan menerima ganjaran dan keuntungan yang anda sahaja sebagai Distributor berpeluang mendapatnya, orang lain yang tidak mendaftar tidak akan memperolehinya. Jenis-jenis keuntungan dan ganjaran yang diberikan adalah tertakluk kepada Ceramic Business Club itu sendiri. Anda boleh memahami lebih jelas mengenai konsep perniagaan Ceramic Business Club ini di laman Konsep Perniagaan.

4. Apakah Konsep Perniagaan secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT dilakukan?

Penting diingatkan bahawa Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menjalankan perniagaan trading produk-produk ceramic keluaran vantage. Mempunyai rangkaian Dealershipnya di seluruh negara yang menjual produk-produk tersebut secara trading.

Adakah perniagaan trading ini SAH dan SELAMAT? Anda tentu sudah tahu jawapannya. Ya, perniagaan ini adalah selamat dan sah dilakukan. Konsep perniagaan ini sama sahaja dengan perniagaan kedai-kedai runcit di tempat anda. Ada barangan yang dijual dan ada pelanggan yang membelinya.

Manakala Ceramic Business Club pula adalah satu Program Keahlian Privilege yang memberikan keistimewaan kepada Distributor yang mendaftar. Tujuan utama program privilege ini diwujudkan adalah untuk mengikat pelanggan mereka supaya terus bersama dengan syarikat. Setiap Distributor ditawarkan kelebihan-kelebihan tertentu seperti memperolehi mata dengan setiap kali pembelian produk, harga produk yang lebih murah dan dapat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh syarikat. Selain itu, ini adalah salah satu strategi syarikat dalam memperkenalkan produk keluaran Vantage tersebut.

Konsep perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di pasaran, cuma kita tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat petrol station dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi minyak di petrol station tersebut, ahli-ahli akan menerima mata ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Adakah perniagaan mereka SAH dan SELAMAT dilakukan? Sudah tentu anda mengetahuinya! Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank Negara Malaysia, kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet, skim cepat kaya mahupun pengumpulan wang deposit haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Ceramic Business Club juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap distributor yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang tertera jenama Ceramic Business Club dan akan membawa jenama tersebut dalam perniagaan mereka. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu yang tidak mendaftar. Apakah ganjaran dan keistimewaan menjadi ahli program ini? Sila rujuk soalan di bawah.

5. Apakah Keistimewaan yang ditawarkan jika saya menjadi Ahli Ceramic Business Club?

Sebagai Distributor yang mendaftar secara rasmi dengan syarikat, Ceramic Business Club menawarkan pelbagai keistimewaan kepada Distributornya dan keistimewaan ini hanya diperolehi oleh Distributor yang mendaftar sahaja.

Keistimewaan pertama adalah setiap Distributor akan diberikan satu Program Kebajikan Community Caring Programme yang lebih dikenali sebagai program Khairat Kematian. Melalui program ini, setiap Distributor yang meninggal dunia akan menerima sumbangan daripada pihak syarikat dan Distributor yang lain. Sumbangan tersebut akan diberikan kepada pewaris mangsa. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut DI SINI untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai program khairat kematian ini. Selain program khairat kematian CCP untuk setiap Distributor, Ceramic Business Club juga menyediakan satu tabung kebajikan khusus untuk menderma kepada Pertubuhan Kebajikan, NGO dan lain-lain lagi yang dikenali sebagai Community Service Programme.

Ceramic Business Club juga menawarkan pelbagai barangan dan produk yang membolehkan kesemua Distributor menukarkannya dengan mata Shoping Points yang diperolehi daripada bonus yang diterima. Produk dan barangan tersebut meliputi Pakej Pelancongan, Pakej Umrah, Voucher Membeli-belah Giant Hypermarket, Voucher KFC dan Pizza Hut, Aksesori Ceramic Business Club, barangan Ceramic keluaran Vantage dan lain-lain lagi. Pihak syarikat akan menambah beberapa lagi barangan yang lain dalam masa terdekat ini seperti Tiket Penerbangan Air Asia, Telefon Bimbit, Prepaid, MP3, Kamera Digital dan sebagainya yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

Selain daripada ganjaran di atas, Ceramic Business Club juga membuka peluang kepada mana-mana Distributornya untuk menyertai program “The CeramicClub Sellback Franchise System”. Program ini hanya dibuka kepada Distributor Ceramic Business Club sahaja. Melalui program ini, Distributor akan dilantik menjadi Franchise syarikat dan akan menerima bonus melalui Booster Rewards Bonus. Apakah maksud franchise dan bagaimana keistimewaan tersebut dapat menguntungkan setiap ahlinya? Sila rujuk dalam soalan berikutnya.

Selain ganjaran program di atas, Ceramic Business Club juga menawarkan ganjaran-ganjaran yang lain iaitu International Profit Sharing Pool, iaitu sebuah perkongsian keuntungan bijak melalui pembelian profit sharing dan juga daripada program Franchise di atas.

6. Apakah Maksud Franchise?

Franchise menurut Kamus Dewan bermaksud “Satu Hak Yang Diberikan Oleh Sesebuah Syarikat Untuk Menjual Atau Memasarkan Produk Melalui Sistem Yang Ditentukan”.

Jika kita lihat pada contoh-contoh perniagaan yang menjalankan sistem franchise ini seperti KFC, McD dan Seven E, mereka begitu berjaya dalam mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke seluruh dunia.

Cuba lihat McD, dengan hanya sebiji Burger mereka berjaya membuka market ke seluruh dunia. Berlumba-lumba individu yang ingin membuka franchise ini kerana sistem mereka telah terbukti berjaya. Jika dilihat pada sistem mereka, pemilik Franchise McD ini didapati tidak pernah sekali pun menjual, membungkus atau menjadi juruwang di kaunter franchise mereka. Sebaliknya yang melakukan tugas-tugas tersebut adalah SISTEM FRANCHISE itu sendiri! Syarikat McD telah menyediakan sistem (tugas mempromosi, kursus untuk pekerja, menu hidangan, harga hidangan) yang akan membuat jualan untuk pemilik McD tadi.

Perkara ini sama juga seperti yang dilakukan oleh Ceramic Business Club. Apabila anda memilih Pakej Booster dan memilih option sell back kepada syarikat untuk tugas membuat jualan, pihak Ceramic Business Club yang akan menjualkan produk tersebut untuk anda dan anda akan diberikan keuntungan hasil jualan tadi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Melalui kaedah Franchise ini, bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya Sistem Franchise Ceramic Business Club yang akan membuat jualan untuk anda!

7. Bagaimanakan Sistem Franchise Ceramic Business Club beroperasi?

Anda ditawarkan dengan 3 pilihan Pakej Booster iaitu Pakej A: RM900, Pakej B: RM1,800 dan Pakej C: RM3,800. Setiap Pakej Booster ini sebenarnya mengandungi pilihan produk tertentu iaitu Pakej A (Tea Set Ceramic), Pakej B (Dinner Set Ceramic) dan Pakej C (Tea Set + Warmer Set + Dinner Set Ceramic).

Untuk Pakej Booster ini, anda diberikan dua pilihan sama ada ingin membeli produk tersebut secara Trading (beli untuk membuat jualan sendiri atau untuk kegunaan sendiri), ataupun anda membelinya secara Franchise (syarikat akan menjualkan produk tersebut untuk anda) sebagai wakil jualan anda melalui program yang dinamakan “The CeramicClub Sell Back Franchise System”.

Sekiranya anda membeli secara trading, anda berhak untuk menjualkan produk tersebut pada sebarang harga yang anda suka, dan keuntungan jualan tersebut adalah keuntungan runcit anda. Harga tidak ditetapkan kerana dalam bisnes trading, setiap Distributor berhak menentukan hanga jualannya sendiri.

Sekiranya anda memilih option sell back kepada syarikat, syarikat telah menetapkan harga jualan produk tersebut dan seterusnya membuat pembayaran kepada anda mengikut harga jualan itu. Syarikat membuat pembayaran hasil jualan anda (Modal + Keuntungan) secara ansuran ataupun bertangguh melalui pemberian “post dated cek” sebaik sahaja pendaftaran dilakukan dan tempoh pembayaran adalah bergantung kepada pilihan pakej, Pakej A & B (2 bulan) dan Pakej C (3 bulan). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembayaran ini melalui Laman Konsep Perniagaan.

8. Boleh ke syarikat menjual produk-produk tersebut dalam masa 2 atau 3 bulan dan memberikan keuntungan kepada ahli?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi kilangnya Vantage, sememangnya sudah mempunyai pasaran produk ceramic sedia ada dan mereka mampu menjual produk-produk tersebut dalam masa yang ditetapkan. Mereka mempunyai rangkaian Dealership sendiri di seluruh negara.

Syarikat ini mempunyai kilangnya sendiri yang terletak di Petaling Jaya dan telah beroperasi sejak 1980 lagi. Syarikat banyak membekalkan produk-produk ini di dalam mahupun luar negara dan produknya yang anda sendiri boleh lihat adalah cawan kopi di Starbuck yang merupakan hasil keluaran kilang ini. Produk Ceramic keluaran Vantage ini telah beberapa kali memasuki televisyen menerusi Rancangan Nona di TV3.

Anda juga boleh membuat carian sendiri di Yahoo atau Google jika ingin melihat pasaran produk yang lain. Sila taip keyword “ceramic vantage” dan anda akan mendapati produk keluaran ceramic vantage ini sememangnya dipasarkan di seluruh dunia termasuk dalam laman jual beli e-bay!

9. Bolehkah syarikat ini dipercayai dan tidak menipu ahlinya?

Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sememangnya boleh dipercayai dan mereka sangat jujur dan ingin membantu ahli-ahlinya membina pendapatan dengan cara dan konsep yang betul. Pihak syarikat telah bekerjasama dengan Giant Hypermerket apabila menjadikan Vaucher Giant sebagai produknya di dalam e-mall. Sebelum syarikat gergasi seperti Giant Hypermarket ini bekerjasama dengan Asia Ceramic Marketing, mereka sudah pastinya menyelidik dahulu latar belakang syarikat dan track record syarikat sebelum bekerjasama. Ini dilakukan bagi menjaga reputasi dan nama baik Giant Hypermarket sebagai sebuah syarikat ternama di Malaysia. Apabila kerjasama ini termetrai, ini dapatlah membuktikan bahawa syarikat sememangnya melakukan perniagaan yang betul, kukuh, dan yang pastinya jujur dan tidak menipu ahli-ahlinya!

Selain daripada Voucher Giant, pihak syarikat juga telah bekerjasama dengan KFC dan Pizz Hut apabila memasukkan Voucher KFC dan Pizza Hut tersebut ke dalam e-mall. Dan dalam masa terdekat ini pula, Asia Ceramic Marketing akan memasukkan dua lagi voucer iaitu Voucher Pasaraya Parkson dan juga Voucher Isian Minyak! Ini membuktikan syarikat ini boleh dipercayai. Jika syarikat sebesar Giant, KFC, Pizza Hut dan Parkson sendiri menaruh kepercayaan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd, adakah anda masih lagi ragu-ragu untuk merebut peluang yang sememangnya terhidang di depan mata anda ini?

10. Betul ke kalau tak cari downline masih dapat bonus?

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa Ceramic Business Club bukanlah perniagaan MLM yang memerlukan anda mencari downline baru dapat bonus. Ceramic Business Club ini adalah perniagaan secara trading. Apa yang anda jualkan, itulah bonus yang akan anda perolehi. Tetapi keunikan dan kelebihan Ceramic Business Club ini, walaupun anda tidak pandai menjual produk tersebut, pihak syarikat yang membantu anda membuat jualan menerusi sistem Franchise nya dengan keuntungan dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

Contohnya anda memilih untuk membeli Produk Booster Pakej C iaitu Tea Set + Warmer Set + Dinner Set. Harga bagi kesemua produk tersebut ialah RM3800. Jika anda memilih option sell back kepada syarikat dengan sistem Franchise, syarikat akan menjualkan produk tersebut dengan harga RM4500 dan anda akan menerima keuntungan pembelian tersebut sebanyak RM700. Keuntungan ini diperolehi walaupun anda tidak mempunyai downline! Inilah bezanya jika ingin dibandingkan perniagaan Trading dengan sistem MLM.

11. Jadi, adakah saya perlu menjualkan produk itu untuk mendapatkan Personal Bonus tersebut?

TIDAK! Bukan anda yang membuat jualan, sebaliknya syarikat yang membuat jualan untuk anda. Syarikat telah menetapkan nilai keuntungan yang anda akan perolehi daripada penjualan tersebut. Cara bisnes ini beroperasi telah dijelaskan dalam soalan no 6 di atas.

12. Adakah saya perlu maintain buat pembelian barang apa-apa setiap bulan untuk mendapat bonus?

TIDAK PERLU! Kami tidak meminta anda membuat pembelian barang apa-apa. Cuma kami meminta anda menggunakan kembali modal yang anda terima daripada hasil jualan bulan sebelumnya untuk melakukan pembelian Pakej Booster pada bulan tersebut. Wang bonus yang anda terima, Personal Bonus tu anda simpanlah. Gunakan kembali modal asal anda tadi untuk membuat pembelian Pakej Booster yang berikutnya. Jika anda tidak membuat re-purchase pada bulan tersebut, anda tidak akan mendapat bonus daripada overidding downline anda pada bulan depannya. Anda tidak perlu nak keluarkan duit poket anda lagi dan keluar duit setiap bulan, yang perlu anda lakukan ialah gunakan wang modal anda tersebut secara berulang setiap bulan.

Konsep bisnes Trading memerlukan anda lebih berdisiplin dalam menguruskan perniagaan. Katakan hari ini saya adalah penjual Milo di sebuah kedai runcit. Dan setiap bulan saya memborong 100 tin milo dengan pihak pembekal dan dibeli dengan harga borong (RM5.00 bagi satu tin) yang sememangnya jauh lebih murah. Dan pada bulan tersebut saya berjaya menjualkan kesemua stok milo saya tersebut kepada pelanggan saya dan dijual dengan harga runcit (RM9.00 bagi satu tin). Hasil keuntungan (RM4.00 bagi satu tin) daripada jualan tadi saya simpankannya dan modal pembelian (RM5.00 bagi satu tin) saya gunakan kembali untuk membuat pembelian pada bulan hadapan. Beginilah sistem perniagaan trading, jika saya berjaya kekalkan pembelian 100 tin setiap bulan dan berjaya menjual kesemua 100 tin tersebut dalam masa yang ditetapkan, saya akan mempunyai hasil keuntungan yang konsisten dan tetap setiap bulan. Jadi, inilah sebenarnya kunci kejayaan kepada sistem Franchise seperti yang dilakukan oleh Seven Eleven.

Apa yang menjadikan Seven Eleven perniagaan yang cukup berjaya sehingga berjaya membuka cawangan Franchisenya ke seluruh dunia adalah disebabkan sistem disiplin stok barangannya. Katakanlah saya membeli satu buku roti dari Seven Eleven cawangan A, apabila cashier menekan Jual satu buku roti di mesin kira-kiranya, secara automatik Ibu Pejabat Seven Eleven akan mengesan bahawa Seven Eleven cawangan A tadi telah kekurangan satu buku roti. Dan esoknya, pihak HQ akan terus menghantar satu buku roti yang kurang tadi ke Seven Eleven cawangan A tadi. Inilah kunci kejayaan mereka. Ada sistem yang betul-betul berdisiplin dalam pengurusan kewangan dan stok barangnya.

Sama juga dengan Ceramic Business Club. Anda gunakan kembali modal dari pembelian sebelumnya untuk membuat pembelian pada bulan ini. Keuntungan hasil jualan tersebut anda simpan sebagai bonus anda.

13. Jika saya mendaftar sekarang, berapa lamakah tempoh masa untuk saya pulang modal?

Bergantung kepada Pilihan Pakej yang anda lakukan semasa pendaftaran. Untuk Pakej A dan B, tempoh masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah selama 2 bulan dari tempoh pembelian, manakala bagi Pakej C, tempoh masa untuk anda pulang modal dan dapat keuntungan ialah selama 3 bulan dari tempoh pembelian.


About Me

My Photo
*Sertailah kumpulan saya, bersama untuk membina kepuasan perniagaan yang Paling diimpikan. 'BERSAMA - BERGANDING TANGAN MENJADI HEBAT!!'